Wednesday, July 4, 2007

Contoh Sinopsis

Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan
Nama Penulis : Martias Mohd Ali
Produksi : World Evolution Brain Sdn Bhd
Stesen Penyiar : Astro Ria



Dalam usia Suhaila menjangkau umur 43 tahun, ia di kelilingi oleh teman-tamannya yang juga merupakan warga pelacur di sebuah rumah tumpangan di kota Kuala Lumpur. Dalam keadaan nazak akibat menderita kerana Aids serta hukuman ke atas dirinya sendiri ia menceritakan sebuah kisah suka duka dirinya kepada Julia, seorang wartawan sebuah majalah tabloid.

Penceritaannya bermula kira-kira 27 tahun yang lampau di kala ia berusia 16 tahun dan merupakan seorang gadis kampung yang serba kekurangan tetapi mempunyai rupa paras yang sungguh jelita. Perkenalannya dengan Aidil seorang pemuda kacak telah membawa mereka ke alam percintaan. Bagi Aidil ia hanya mahu menjadi orang pertama menjamah tubuh Suhaila dan dengan pujuk rayu serta janji-janji manisnya, Suhaila menjadi mangsanya.

Tiga bulan berlalu. Suhaila kini berbadan dua. Pak Sulaiman dan Mak Uda menyedari akan keganjilan yang dialami oleh anak gadis mereka lantas memaksa Suhaila menceritakan rahsia yang tersembunyi. Kerana desakan, akhirnya Suhaila mengaku telah membuat hubungan sulit dengan Aidil. Pak Suliman menjadi berang lantas mencari Aidil. Aidil di belasah dan di paksa menikahi Suhaila. Dalam keadaan terpaksa mereka dinikahkan.

Kerana malu kepada penduduk kampung, Pak Sulaiman membuat jalan singkat menghalau mereka keluar dari situ. Aidil lantas membawa Suhaila ke bandar Kuala Lumpur. Selang beberapa bulan, Suhaila melahirkan Hanifah. Aidil masih seperti dahulu, hidup berfoya-foya dengan wanita-wanita yang tunduk kepadanya. Makan dan minum anak bini tidak di hiraukan. Dalam masa yang sama Suhaila mengandung lagi anak yang kedua.

Tanpa pelajaran dan terpaksa menyara anak kecil menyulitkan kehidupan Suhaila. Nafkah zahir tidak di tunaikan oleh Aidil malahan Aidil semakin kerap tidak pulang ke rumah. Sewa rumah sudah hampir 8 bulan tidak di bayar dan ia sering kali di marahi oleh Ah Seng, seorang tauke yang mempunyai beberapa rumah sewa di sekitar Kuala Lumpur. Namun itu bukannya pendapatan utama Ah Seng. Ah Seng menikmati kekayaannya dari menjajakan gadis-gadis menjadi pelacur.

Secara kebetulan pada suatu hari Ah Seng datang ke rumah untuk menuntut duit sewa. Aidil baru saja pulang. Aidil di gertak oleh Ah Seng , namun Aidil tetap menyatakan bahawa ia tidak mempunyai duit. Ah Seng memberi cadangan supaya Suhaila diperniagakan bagi menebus hutang piutangnya. Tanpa berfikir panjang, Aidil setuju.

Pada malam itu juga seorang pelanggan datang. Aidil mempelawa ia masuk ke dalam bilik di mana Suhaila sedang tidur bersama anak kecilnya. Suhaila yang pada mulanya menyangka Aidil yang membelainya amat terkejut melihat orang asing yang tidak ia kenali meratah tubuhnya. Maka berlakulah pergelutan hingga menyebabkan kandungan Suhaila gugur.

Aidil semakin tertekan apabila Ah Seng semakin mendesak dirinya. Tanpa berfikiran panjang, Aidil lantas bersetuju menjual Suhaila kepada Ah Seng sebagai melangsaikan hutang piutangnya. Suhaila menjadi semakin derita dan juga menjadi mangsa suaminya yang tidak berperi kemanusiaan. Suhaila dibawa disebuah rumah pelacuran. Di sini bermulalah kehidupannya menjadi seorang pelacur.

Setelah menjual isterinya, kereta yang dipandunya terbabas dan menyebabkan Aidil luka parah. Semenjak dari itu, Aidil telah hilang ingatan. Sewaktu dirawat di sebuah hospital, ia telah bertemu dengan Jana seorang Doktor yang merawatnya. Perkenalan ia dengan Jana telah membawa ke alam percintaan.

Aidil yang tidak mengingati apa yang pernah berlaku dalam pada dirinya berubah menjadi seorang yang berlainan. Ia menjadi baik dan amat penyayang. Jana banyak membantu Aidil membina hidup baru dan akhirnya mereka berkahwin.

Suhaila yang tidak dapat lari dari sarang pelacuran terus menjadi mangsa. Namun tidak ada apa yang boleh dilakukan selain dari pasrah dengan nasib dirinya.

Hanifah membesar dengan sempurna dan mendapat kasih sayang sejati dari kedua ayahdan ibu angkatnya. Namun dalam proses pembesaran ia tidak pernah tahu bahawa dirinya adalah anak angkat. Hanifah berjaya dalam pelajaran dan menuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang sains sosial.

Manakala perkahwinan Aidil dan Jana telah melahirkan Julia seorang gadis jelita dan menjawat sebagai seorang wartawan di sebuah akhbar tabloid.

Pada suatu hari Hanifah sedang membuat tesis tahun akhirnya dan mengambil kes studi bertajuk rumah pelacuran- impak kepada masalah sosial.

Untuk melengkapkan tesisnya ia mencari beberapa pelacur untuk mendapat maklumat. Dari satu sarang pelacuran ke sarang pelacuran yang lain ia membuat kajian dan akhirnya ia sampai ke tempat di mana Suhaila berada. Kerana mengesyaki kehadiran Hanifah ke pusat pelacuran, Hanifah telah dipukul hingga pengsan. Suhaila yang menjumpai Hanifah lantas membawa Hanifah ke biliknya untuk dirawat.

Semanjak dari itu mereka sering bertemu dan Suhaila merasa ada sesuatu kelainan apabila ia bertemu Hanifah. Rasa rindunya pada Hanifah seperti seorang ibu merindukan anaknya.

Hanifah cuba melawan nafsunya berdepan debfab seorang bernama ‘pelacur’. Namun ia gagal juga. Hanifah cuba berlaku sumbang kepada Suhaila. Suhaila yang menganggap Hanifah seperti anaknya lantas memarahi dan menghalau Hanifah dari situ. Semenjak dari itu Hanifah tidak muncul-muncul lagi.

Suhaila diselubungi rasa kesal kerana ia merasakan kasih sayangnya pada Hanifah amat berbeza sekali.

Julia mencari Suhaila di sarang pelacuran. Ia mengenalkan dirinya kepada Suhaila namun tidak dilayan sehinggalah Julia menyebut nama Hanifah. Julia menceritakan penderitaan Hanifah, Suhaila menjadi tergamam. Suhaila kebingungan dan mulai membuat andaian.

Dua (2) tahun selepas kehilangan Hanifah, ia didatangi oleh rakan Hanifah dan menyampaikan pesan kepadanya menyatakan yang Hanifah kini terlantar mengidap penyakit kronik. Suhaila kemudian menemui Hanifah di hospital dan terlihat sepasang suami isteri yang sedang meratapi penderitaan Hanifah. Barulah Suhaila sedar bahawa kedua suami isteri itu adalah ayah dan ibu angkat Suhaila dan Hanifah adalah anaknya sendiri.

Kini sesal dan kesal menyelubungi dirinya. Anak kandungnya bakal mati kerana dia. Suhaila menjadi kurang sioman. Ia hanya berkurung di biliknya dan mulai tidak mahu menjamah makanan. Haya seorang sahaja yang ia benarkan masuk iaitu, Julia.

Suhaila meminta Julia membuat artikal dan mencari di mana suaminya, Aidil. Julia mulai mengarang penderitaan Suhaila dari kisah lampaunya. Segala kerja di buat dalam bilik rumahnya.

Pada suatu malam, Aidil masuk kebilik Julia dan dengan tidak sengaja ia terbaca artikal yang Julia karang di atas mejanya. Secara tiba-tiba ingatannya kembali dan segala kisah silamnya semakin jelas difikiran.

Tanpa pengetahuan isteri dan anknya, Aidil bertemu dengan Shaila yang sudah masuk hari ketiga tidak makan dan minum. Aidl cuba memberanikan dirinya mengadap keadilan dan meminta agar Suhaila memaafkan dirinya.

Aidil menemui Suhaila dan pada saat yang sama Hanifah menghembuskan nafs terakhir. Berita kematian Hanifah telah membawa Julia mencari Suhaila semula untuk menyampaikan berita tersebut. Julai tergamam melihat ayahnya berada di situ. Dalam keadaan sedih, geram dan kesakitan, Suhaila menceritakan bahawa yang telah mati tersbut adalah anak mereka. Aidil semakin diselubungi sesal dan kesal.

Aidil melutut meminta kemaafan sembil meminta Suhaila meminum secawan susu, namun Suhaila menyambut susu tersebut dan menggenggam gelas sehingga pecah. Suhaila kemudian menikam tubuh Aidil dengan sepihan kaca. Tidak lama kemudian Suhaila mulai sesak nafas dan rebah. Julia menjerit dan tergamam melihat satu tragedi berdarah tersebut.



Tamat

Tuesday, July 3, 2007

Cetusan Pertama

CERITA
Cerita ataupun stori merupakan tonggak utama di dalam menyediakan sesebuah skrip drama TV mahupun filem. Setiap cerita perlu mengandungi kekuatannya yang tersendiri. Tak mengira genra ataupun mood cerita yang seharusnya di tekankan adalah perkembangan cerita itu. Bagaimana ia bermula, berkembang dan bangaimana pula ia berakhir.

Bebertapa perkara utama perlu diambil perhatian seperti di bawah:
1. Siapa yang membawa cerita atau dari kaca mata siapa
2. Untuk siapa cerita itu ditujukan
3. Bagaimana cerita itu mencetus plot dan seterusnya mengangkat plot
4. Lingkunagn durasi kejadian cerita
5. Suasana persekitan cerita -lokasi atau zaman
6. Siapa kah watak utama atau protoganist
7. Siapa kah pula watak-watak antagonist
8. Apakah pertalian di antara protagonist dan antagonist
9. Berapa kuat inciting incident atau punca tercetusnya konflik
10. Apakah kesudahan atau resulusi dan kesan kepada penonton.

Jika kita telah mengenal pasti kesemuanya maka mudahlah kita untuk menyiapkan sebuah SINOPSIS yang bermutu dan menarik.